Tarikh : 8-9 November 2011
Tempat : Sweet Beach Resort, Tok Bali, Bachok, Kelantan
Peserta : Kelas cs5B (Budak Statistic Yang Kiut Miutz)
Salam korang semua !
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan JUTAAN terima kasih kepada SEMUA kawan-kawan BUDAK STATISTIC YANG KIUT MIUTZ ! Korang memang SEMPOI habis ! Seriously saya enjoy gila dengan SEMUA aktiviti yang dijalankan...bak kata boboi..TERBAIKKKKKK !
Rasa macam tak sangka pulak aktiviti kali ini dapat dijalankan dengan jayanya walaupun sebelum ini ada serba sedikit KEKANGAN yang harus ditempuhi..Terima kasih banyak-banyak kepada orang KUAT dalam aktiviti ini iaitu En Mohd Mughni B Masmastur dan En Mohamed Radzi B Abd Aziz yang bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik untuk kami semua..Tanpa idea anda mungkin kenangan yang INDAH ini tidak dapat dilakukan..syabas kepada mereka berdua ! (:
Err macam kelakar pulak bila blog
..Oleh yang demikian bersyukurlah apabila nama anda terpampang di dalam blog OREN ini ! (: #perasankejab!
Ok lah..malas nak taip panjang-panjang lagi..Saya cuma nak ulas serba sedikit tentang aktiviti yang dijalankan selama kita berkampung di Sweet Beach Resort..Err ini dari pandangan mata saya sorang..tak tahulah pada pandangan korang macam mana..(:
Ok lah..saya setat dulu dengan anugerah-anugerah yang saya ingin bagi kat budak statistic yang kiut miutz ini..harap korang terima dengan seadanya ya !Err..saya judge dari pandangan pada malam dinner jer..(:
Anugerah Budak Paling Popular :
Anugerah Budak Paling Sporting Gile :
Anugerah Budak Tangkap Leleh :
Err itu je kot anugerah yang aku saya dapat hasilkan..tak tahu nak letak anugerah ape untuk dinobatkan..apa-apa pun ucapan TAHNIAH kepada para-para pemenang sebab berjaya menambat hati saya untuk gelak terbahak-bahak sampai nak tercabut jantung dan rasa macam nak nangis laju-laju dalam ucapan yang korang sampaikan..happy gila ok malam tuh..rasa macam nak ulang balik je masa tuh dan nikmati setiap detik ! #rindusaatitu
Err ekceli nak upload gambar banyak-banyak untuk tatapan korang semua..tapi internet connection lembab gila pulak ): ..boleh kata nak upload satu gambar pun ambik masa berjam-jam..oleh yang demikian dengan sifat yang tak mampu nak menunggu dengan lebih lama lagi, saya pun tekan cancel untuk upload gambar tersebut..sori sangat-sangat..nanti kalau connection dah ok baru saya upload gambar u ol dengan kadar yang banyak ya ! (:
kbai !
p/s : jangan bersedih ya bila gambar u ol takde dalam blog OREN nih..nanti saya upload gambar korang semua tanpa tertinggal sorang pun bila connection dah ok.. (: