---> TeNTaNG beLiAu!! <---

My photo
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
I'm NOT a PERFECT person.. ..bit SENSITIVE but NOT too MUCH.. gud LOOKING but NOT handsome ENOUGH..

Thursday, February 23, 2012

..:: terSEKSA seketika bila.. ::..

Salam korang semua..kembali lagi aku dengan entry yang gedik-gedik glemer nih kan..ok kali nih aku nak paparkan satu kupasan penting mengenai cuti semester yang sangat bosan bila TAKDE..

* DUIT..
kat poket aku cume tinggal duit 2 posen jer..itu pun sayang nak guna sebab duit baru..hee..

* CREDIT..
maxis aku tinggal 0 sen dan celcom lak tinggal 2sen je ok ! itu pun cube tak nak gune untuk benda yang tak penting.. sangat sadis kan..so kepada sesiapa yang yang text aku tuh aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab terpaksa jadi belagak sebab tak dapat nak reply text u ol itu ek..sila jangan nangis laju-laju bila aku tak layan korang.. (:

*KAWAN NAK AJAK LEPAK..
oii korang..sila ajak aku lepak boleh tak? aku dah patah kaki nih duduk rumah layan citer korea je memanjang ! sampaikan muke aku nih dah ada cop muke K-POP ! #oktipu

*CITER BEST KAT TV !
bila buka tv tuh serius aku tengok cite-cite bodoh je aku rasa.. macam tengok cerita 'raja lawak' yang sikit pun tak dapat nak gelakkan diri aku nih..dan tak pasal-pasal last sekali aku tengok kartun jugak cam kartun " kampung boy" dengan "upin dan ipin" even aku tau cite tuh dah banyak kali ulang !

*INTERNET !
nih yang paling sadis bila kat rumah aku nih takde line internet ! terasa diri ini sangat dibawah katak tempurung..tak dapat nak tau gosip-gosip terkini..arghhh ! ok dah lepas tensen..

sekian saja kupasan mengenai cuti semester aku pada kali ini..semoga cuti anda semua lebih bermakna daripada biasa.. (:

kbai !


Thursday, February 2, 2012

..:: bila BOSAN menjelang ::..

Salam korang semua..

Apabila setiap detik yang datang dan berlalu sebegitu sahaja..hati ini terasa kesunyian..tatkala otak ini selalu tertanya-tanya..apakah yang aku sedang lakukan?

AKU SEDANG TENGOK CERITA DRAMA KOREA !




hahaha..sungguh puitis bahasa saya bukan..saya ingin cuba untuk mengingatkan kembali nostalgia-nostalgia bahasa baku yang sering digunakan ketika belajar Bahasa Melayu pada dahulu kala..saya rasa sungguh berbangga apabila dapat menggunakan bahasa ibunda saya ini dengan jayanya..tahniah diucapkan ! (:

hahaha..malas ah nak cerita pasal bahasa baku..kat sini aku juz nak descibe cerita korea yang aku tengok sekarang nih iaitu 49 Days adalah moderate..tak terlalu best  dan tak terlalu bosan ! tapi sepanjang aku tengok cerita nih (baru episod 15 dr 20 episod) secara kasarnya aku dapat describe yang cerita nih sesuai untuk orang yang suka tangkap feeling jer.. scene yang kelakar tuh boleh cakap ada sikit jer..sikit gile ok ! sape-sape yang ingin turunkan airmata korang tuh dengan cepat silalah tengok cerita ini ya ! pastu jalan ceritanya boleh kata semua cerita korea lebih kurang sama iaitu :

1) mula-mula benci antara satu sama lain..
2) lepas tuh selalu berjumpa dan gaduh..ada jer benda yang tak kena..
3) mesti ada satu insiden yang buatkan mereka lahir bibit-bibit cinta..
4) lepas tuh jatuh cinta..
5) bila dah jatuh cinta tuh ada pulak ego menguasai diri..tak nak mengaku tapi caring gile !
6) lepas tuh perkara wajib yang perlu ada adalah pesaing ! mesti ada pesaing untuk dapatkan cinta tuh..
7) lepas tuh konflik antara pesaing tersebut..
8) lepas tuh mesti ada adengan COMOLOT kalau orang tuh dah berjaya dapatkan cinta tersebut..
9) lepas tuh mereka bahagia bersama..(:

kan kan kan ? hahaha ini adalah ulasan aku selama tengok cerita cinta korea..ceritanya lebih kurang sama cuma watak dia lari sikit jer..tapi bagi korang yang nak hilangkan bosan macam aku nih bolehlah tonton cerita korea ! sebab bila kita tengok cerita korea nih dapat cetuskan idea-idea romantik untuk pasangan korang ! err tapi aku takde pun romantik bila tengok cerita korea nih..aishh kenapalah susah sangat nak romantik dengan pasangan sendiri nih..kesian sapa yang dapat aku..mesti hidop dia bosan gila ! hahaha..

dah ah malas nak cerita panjang pasal cerita korea nih..aku nak sambung tengok cerita tuh..nak tau jugak ending dia macam mana..adakah perempuan tuh dapat tahu sape cinta dia yang sebenar? adakah dia selamat daripada koma dan hidup dengan laki tersebut? macam mana pula nasib lelaki dan kawan baik dia yang khianat dengan dia tuh? macam mana pulak nasib lelaki yang diibarat macam malaikat tuh? haaa sama-sama kita nantikan..err ekceli cerita nih dah pernah keluar kat TV..so mesti korang lagi tahu daripada aku kan kan..

kbai !

Wednesday, February 1, 2012

..:: ter INGAT-INGAT pulak ::..

baru berapa hari tinggalkan dunia kelantan..
tibe-tibe rindu dengan suara kawan-kawan time kat teratak bonda..
terngiang-ngiang suara mereka..
ajak keluar pergi makan..
ajak pergi kelas..
ajak pergi KB mall dengan TESCO untuk shopping barang dapur..
ajak pergi makan roti tempayan kat depan rumah..
ajak pergi main badminton or futsal..
ajak pergi jalan-jalan..

baru sekarang terasa MANISNYA kenangan itu..
dulu takde pun aku nak hargai setiap detik yang berlalu ketika bersama dorang..
bila dorang ajak keluar yang pastinya aku lah yang paling LIAT sekali nak pergi..
ada jer alasan yang akan keluar dari mulut aku nih untuk tak nak follow dorang..

ekceli aku bukan tak nak follow korang..
ada sebab kenapa aku tak dapat nak join korang..
bukan saja-saja aku tak nak follow korang..
sori ye.. )':
malas nak luahkan lebih-lebih kat blog yang tak laku nih..
lagi pun aku tau sape jer pembaca yang selalu bace blog oren nih..
terima kasih ye korang kerana sudi luangkan masa untuk tatap setiap perkataan yang aku tulis nih.. (:
kbai !




Related Posts with Thumbnails