---> TeNTaNG beLiAu!! <---

My photo
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
I'm NOT a PERFECT person.. ..bit SENSITIVE but NOT too MUCH.. gud LOOKING but NOT handsome ENOUGH..

Wednesday, August 31, 2011

..:: cEriTa bULaN sYAwAL ::..

..MERDEKA ! MERDEKA !


..aku mulakan entry kali ini dengan ucapan selamat hari kemerdekaan semua !
..aku bersyukur sangat-sangat kerana dilahirkan di negara yang aman ini..
..Alhamdulillah..
..semoga negara kita akan mengecapi keamanan dan kemakmuran sampai bila-bila !

..AMINNN...

baiklah..
sekarang nih baru nak cerita pasal raya pulak..
amacam raya korang tahun nih ?
mesti meriah dengan baju yang BLING-BLING kan..
mesti korang still lagi dapat DUIT RAYA berjuta-juta..
dapat makan lemang banyak-banyak sampai BULAT perut korang..
busy melayan sanak saudara yang jauh diperantauan..
sampaikan takde masa untuk menonton drama tangkap leleh pasal raya kat tv kan..

eeeee best gila raya korang !
aku sangat jeles !
sebab aku dapat menikmati kemeriahan syawal pada waktu pagi raya jer !
time tuh jer meriah sebab anak buah aku semua ada kat rumah..
sebok buat-buat bising kat rumah aku..
sebok nak bergambar..
sebok nak usha-usha aku..
semua tuh taktik nak duit raya ar tuh !
tapi aku takde bagi sesen pun kat anak buah aku tahun nih..
hahaha jahat tak aku..
sebab kat wallet aku ada sekeping duit merah jer..
itu pun duit bos aku bagi untuk duit raya..
hahaha sadis kan..

TAPI..
lepas dorang semua balik dari umah aku..
terus rumah aku sunyi sepi melainkan kedengaran bunyi suara drama kat tv jer !
dan aku pulak dengan perasaan gembira tak terkata ini hanya mampu beraya kat dalam bilik bersama-sama dengan bantal-bantal yang penuh dengan PETA-PETA santearo dunia itu jer..
hanya mampu untuk buat peta baru kat bantal aku tuh..
hanya mampu beraya di dalam mimpi..
hanya mampu berangan untuk beraya kat rumah orang..
sadis gila kan..
orang lain sebok pegi beraya tapi aku duduk rumah jer..
aku pulak yang terpaksa melayan tetamu yang datang ke rumah aku..
memang sadis !

apa ?
kenapa tak balik kampung ?
sebab biasanya keluarga aku balik kampung lambat sikit..
biasanya raya ke-4 or ke-5 baru sampai kat kampung belah mak aku tuh..
sebab bapak aku nih utamakan tetamu yang rata-ratanya saudara bapak aku untuk beraya kat rumah aku dulu..
biasalah bila dah jadi warga emas nih kan ramai tetamu yang nak ziarah..
time-time nih jugak baru nak nampak muka yang tak kenal datang kat rumah aku nih..
tapi aku nih tak salahkan pun dorang datang..
dah nama pun raya..
nak pergi beraya dengan member lak rata-ratanya mereka semua balik kampung..
so aku dengan perasaan tak terkata nih hanya mampu beraya dengan BANTAL-BANTAL jer !

sumpah bosan gila !
kerja aku cuma MAKAN TIDO MAKAN TIDO jer kalau takde tetamu..
nak tengok tv pun takde mood..
rasa macam bosan lak drama-drama kat tv nih..

arghhh..!
wahai kawan-kawan aku sekalian..
tolonglah text or calling-calling aku sekarang nih pastu ajak aku beraya..
pleaseeee !
aku dah bosan nih..
nak jugak makan kuih-kuih kat rumah orang lain..
huh..!

sekian saja entry raya kali nih..


selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam   ..
semoga raya tahun ini dipenuhi dengan 1001 keberkatan dan kenikmatan ..

(=



Sunday, August 7, 2011

..:: sEdiKiT iLmU rAmAdHaN ::..

Assalamualaikum semua !
macam mana korang tempuhi bulan RAMADHAN kali nih ?
banyak tak amal ibadah korang dah setelkan ?
banyak tak yang dah berubah kat diri korang ?
maksudnya dari segi SIFAT dan SIKAP korang..

TEPUK DADA TANYALAH IMAN !

ok..
entry kali nih aku cuma nak berkongsi keberkatan pada bulan yang sangat-sangat mulia nih..
benda nih memang sebelum nih aku tak tahu langsung..
tiba-tiba ianya terjadi kat diri aku..
hee al-maklumlah kan..
aku nih memang jahil pun sebelum nih..
aku tak tahulah yang korang sebelum nih dah tahu ke belum..

ceritanya bermula macam nih..
jam menunjukkan lagi sepuluh minit lagi nak berbuka..
almaklum ar aku nih kan..
perasaan nak tatap makanan tuh dah meronta-ronta..
lagi-lagi masa tuh dah penat bekerja seharian suntuk..
tibalah masa untuk aku layan karenah perut aku yang dah terbunyi-bunyi nih..

TIBA-TIBA !
bapak aku panggil semua keluarga aku untuk join aku tatap makanan juadah berbuka..
masa tuh aku tertanya-tanya..
KENAPA ?
nak kata nak masuk waktu buka time tuh takde la pulak..
ada lagi sepuluh minit..
setelah semua ahli keluarga aku dah duduk kat depan juadah berbuka..
tiba-tiba bapak aku angkat tangan untuk berdoa..


semua pun angkat tangan untuk berdoa..
ingat nak baca doa buka puasa..
tapi BUKAN ok !
bapak aku baca doa yang sangat panjang macam baca doa lepas sembahyang..

lepas habis baca doa tuh barulah aku tahu kenapa..
rupa-rupanya..
doa sebelum waktu buka nih adalah doa yang paling MUSTAJAB sekali !
oooooooo..
baru aku tahu..
sumpah memang sebelum nih aku tak tahu langsung bab nih..
ALHAMDULILAH..
aku dapat satu ilmu RAMADHAN yang sangat berharga ni..

so kalau kita nak meminta sesuatu dari ALLAH mintalah sebelum waktu berbuka ya !
mintalah semua amalan kita pada bulan RAMADHAN ini diterima oleh NYA..
minta diberkatilah segala rezeki kita sebelum nih..

tiba-tiba aku teringat sekeping doa yang pernah di ajar oleh seorang ustazah kat sekolah aku dulu tentang rezeki nih..
dia suruh pelajarnya solat sunat DHUHA pada waktu pagi..
dan minta berdoa pada sujud yang terakhir..
doanya berbunyi begini..

"YA ALLAH..
sekiranya rezeki aku berada di atas langit KAU turunkanlah..
sekiranya rezeki aku berada di bawah tanah KAU keluarkanlah..
sekiranya rezeki aku itu jauh daripada aku KAU perdekatkanlah..
sekiranya rezeki aku itu sukar untuk mendapakannya KAU permudahkanlah ia..
dan berkatilah segala rezeki yang KAU berikan kepada aku YA ALLAH.."

cantik kan doa ni...
SUBHANALLAH..
sesungguhnya ALLAH lah yang beri kita rezeki sebelum nih..
ucapkanlah ALHAMDULILAH sekiranya kita dapat rezeki walaupun sedikit..
dan yang paling penting rezeki itu mestilah diberkati oleh NYA..
teringat kata-kata sorang hamba ALLAH nih..
kalau rezeki kita tak diberkati oleh ALLAH..
duit setinggi gunung puncak everest pun belum tentu dapat menampung kehidupan seharian kita..
TAPI..
kalau rezeki kita diberkati oleh NYA..
duit yang sedikit itulah dapat menampung segala-galanya..

hee..
sekian saja tazkirah aku pada kali ini..
aku pun bukanlah insan yang sempurna sangat..
tapi aku cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH..
AMIN..

sebelum aku nak mengakhiri entry aku kali nih..
aku nak share satu cerita yang menarik pada hari ini..
aku rasa ramai yang dah tahu..
tapi aku saja nak share dengan korang jugak..
hee..
CERITA IMAM GHAZALI DAN MURIDNYA..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya, beliau bertanya :

Imam Ghazali =  Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali =  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali =  Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan ”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali =  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali =  Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali =  Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = ” Baja ”
Murid 2 = ” Besi ”
Murid 3 = ” Gajah ”
Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali =  Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab  ” Pedang ”
Imam Ghazali =  Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


sekian saja entry tazkirah RAMADHAN aku kali nih !
renung-renungkan dan selamat beramal !..
*yang baik datangnya dari ALLAH..
manakala yang jahat datangya dari kita sendiri..


Related Posts with Thumbnails