---> TeNTaNG beLiAu!! <---

My photo
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
I'm NOT a PERFECT person.. ..bit SENSITIVE but NOT too MUCH.. gud LOOKING but NOT handsome ENOUGH..

Saturday, December 10, 2011

..:: mEmOri aKhiR sEmEsTer cS5B ! ::..

Tarikh    : 8-9 November 2011
Tempat  : Sweet Beach Resort, Tok Bali, Bachok, Kelantan
Peserta  : Kelas cs5B (Budak Statistic Yang Kiut Miutz)




Salam korang semua !

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan JUTAAN terima kasih kepada SEMUA kawan-kawan BUDAK STATISTIC YANG KIUT MIUTZ ! Korang memang SEMPOI habis ! Seriously saya  enjoy gila dengan SEMUA aktiviti yang dijalankan...bak kata boboi..TERBAIKKKKKK !

Rasa macam tak sangka pulak aktiviti kali ini dapat dijalankan dengan jayanya walaupun sebelum ini ada serba sedikit KEKANGAN yang harus ditempuhi..Terima kasih banyak-banyak kepada orang KUAT dalam aktiviti ini iaitu En Mohd Mughni B Masmastur dan En Mohamed Radzi B Abd Aziz yang bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik untuk kami semua..Tanpa idea anda mungkin kenangan yang INDAH ini tidak dapat dilakukan..syabas kepada mereka berdua ! (:

Err macam kelakar pulak bila blog aku saya nih menjadi sangat femes formal dengan menggunakan kata-kata yang sangat PUITIS..jarang sekali aku saya nak PUJI seseorang dalam blog yang agak menawan dan hensem ini..(:
..Oleh yang demikian bersyukurlah apabila nama anda terpampang di dalam blog OREN ini ! (: #perasankejab!

Ok lah..malas nak taip panjang-panjang lagi..Saya cuma nak ulas serba sedikit tentang aktiviti yang dijalankan selama kita berkampung di Sweet Beach Resort..Err ini dari pandangan mata saya sorang..tak tahulah pada pandangan korang macam mana..(:

Ok lah..saya setat dulu dengan anugerah-anugerah yang saya ingin bagi kat budak statistic yang kiut miutz ini..harap korang terima dengan seadanya ya !Err..saya judge dari pandangan pada malam dinner jer..(:


Anugerah Budak Paling Popular :


NOOR AZIANI BT HARUN


Anugerah Budak Paling Sporting Gile :


MUHAMAD WAFI AZRUL B SUATI



SYAZWANI BT SHAMSUDDIN



Anugerah Budak Tangkap Leleh :


NUR HUDA NABIHAN BT SHAHRI




KAMA FIRDAUS BT SUBAHI




WAN NURUL AIMAN BT WAN MUSTOPHA


Err itu je kot anugerah yang aku saya dapat hasilkan..tak tahu nak letak anugerah ape untuk dinobatkan..apa-apa pun ucapan TAHNIAH kepada para-para pemenang sebab berjaya menambat hati saya untuk gelak terbahak-bahak sampai nak tercabut jantung dan rasa macam nak nangis laju-laju dalam ucapan yang korang sampaikan..happy gila ok malam tuh..rasa macam nak ulang balik je masa tuh dan nikmati setiap detik ! #rindusaatitu


Err ekceli nak upload gambar banyak-banyak untuk tatapan korang semua..tapi internet connection lembab gila pulak ):  ..boleh kata nak upload satu gambar pun ambik masa berjam-jam..oleh yang demikian dengan sifat yang tak mampu nak menunggu dengan lebih lama lagi, saya pun tekan cancel untuk upload gambar tersebut..sori sangat-sangat..nanti kalau connection dah ok baru saya upload gambar u ol dengan kadar yang banyak ya ! (:



kbai !

p/s : jangan bersedih ya bila gambar u ol takde dalam blog OREN nih..nanti saya upload gambar korang semua tanpa tertinggal sorang pun bila connection dah ok.. (:



Sunday, December 4, 2011

..:: sEdiH.. ): ::..

masih lagi tak dapat tempat untuk praktikal..

ok sekarang nak nangis laju-laju kejab !


huuuwwwwaaa !

ok done !

p/s: mintak-mintaklah dapat kat situ..amin.. (=

Monday, November 7, 2011

:: tErKuNtAnG-kAnTiNg kEjAb ! ::

haa tu lah faryz..
dulu tak nak setelkan cepat-cepat..
suka sangat buat-buat tak tahu..
suka sangat cakap 'ahh esok-esok jer lah aku setelakan ! '
tengok sekarang nih..
apa pun belum buat..
baru sekarang nak tanya orang lain apa yang perlu buat..
apa yang perlu hantar..
sekarang nih ambik kau faryz..

PADAN MUKA KAU !

Sila jangan amalkan aksi ini ya ! Sebab boleh mendatangkan lebam kat biji mata  anda.. (=

adehh..
malunya aku kena sound dengan diri aku sendiri nih..
tetibe terasa maruah diri telah tergadai seketika..
hahaha perlukah ?

korang dah dapat tangkap apa yang aku nak cakap kali nih ?
entry kali nih aku nak cakap pasal persiapan aku untuk menjalani latihan industri atau lebih sinonimnya kita panggil praktikal..
korang nak tahu..
sekarang nih baru aku nak siapkan resume..
itu pun gambar tak tangkap lagi..
cover letter pun tak tahu lagi nak buat macam mana..
yang paling bangang gile sekali is aku boleh TAK BAWAK balik salinan benda-benda yang aku perlu submit kat company nanti..
so sekarang nih aku tak tahu dokumen apa jer yang nak kena submit..
yang aku tahu resume dengan cover letter jer..
yang lain sumpah aku tak tahu..
arghhh tetibe nak rasa tension kejab !
rasa macam nak tarik-tarik jer rambut kat kepala jiran aku tuh!
arghhh tension ! tension !

ok hormon aku dah kembali normal setelah melihat korang gelakkan aku.. (=
terima kasih kepada pembaca kat luar sana yang suka sangat gelakkan aku..
aku sangat hargai gelakkan korang itu !
heee tiba-tiba macam sinis kan... (=

dah lah..
aku nak pergi setelkan semua dokumen aku sekarang nih..
nak perah otak kejab nak buat ayat untuk cover letter aku nanti..
doakanlah aku dapat setelkan dengan cepat ya !
semoga tempat yang aku nak apply nih akan diterima dengan hati yang girang! 
(=

kbai !

Sunday, November 6, 2011

:: cerita RAYA korban ::

..salam kepada semua blogger kat luar sana !
rasanya macam dah berapa bulan aku nih tak reti-reti nak mengUPDATEkan blog aku nih kan..
kesian kepada peminat pembaca blog aku nih..
hari-hari tengok tapi entry dia still sama..
sorry sangat-sangat ek..
bukan tak nak update blog nih..
tapi keadaan yang tak berapa nak mengizinkan..
mana taknya kan..
kalau dah balik kelas tuh terus terbongkang tidur kat dalam bilik..
lagi-lagi kalau lepas makan..
for sure aku lah orang yang pertama akan check-in kat dalam bilik tuh...
hee.. 

ok lah berbalik kepada tajuk entry aku..
pasal hari raya korban..
sebelum tuh aku nak ucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA !


ok..
apa pengorbanan korang kali nih..
banyak tak pengorbanan korang selain korang korbankan lembu dan kambing ?
heee mesti banyak kan..

eh macam nak tersimpang pulak entry aku kali nih..
bukan apa..
juz kali nih aku nak share dengan korang apa jer yang aku dah lakukan pada hari raya korban kali nih..
korang nak tahu..
pagi-pagi lagi bapak aku dah kejutkan semua anak-anaknya untuk sembahyang  raya..
 berpesan supaya jangan pergi masjid lambat-lambat..
nanti start sembahyang awal..
kalau pergi lambat nanti dah tak ada space untuk sembahyang sebab mamat bangla dan endon akan conquer tempat dengan muka tak malunya..
so aku nih dengan sepantas semut terus siap untuk dapatkan saff kat depan..
sampai kat masjid terus aku masuk dalam masjid untuk cari tempat even time tuh dah crowded gila dengan mamat bangla kat saff belakang..
apa aku kesah kan..
terus aku masuk kat bahagian dalam dan akhirnya dapat jugak aku masuk kat tempat yang ada aircond !
selesa gila bila solat kat tempat yang sejuk nih.. (=

lepas dengar khutbah terus aku menapak untuk balik rumah..
tiba-tiba aku tertarik dengan satu amalan kat depan mata aku tadi..
you know what semua mamat bangla berpelukan antara satu sama lain untuk minta maaf ok !
orang melayu punya amalan juz salam je kan..
tapi mereka semua dengan perasaan gembira berpelukan rapat dada ke dada pastu pegang erat tangan ke belakang pastu kepala ke kiri dan ke kanan macam nak laga pipi yang kaum pompuan selalu buat tuh..
tapi dorang takde ar belaga pipi..
sumpah kalau orang melayu yang buat amalan nih memang kompem dorang cakap..
weh ko nih gay ke apa ?!
tiba-tiba nak peluk-peluk aku nih ! 
haha kan kan.. (=

lepas tuh balik rumah je terus aku makan nasi impit dengan rendang yang mak aku masak..
perghh memang 'kaw kaw' ar aku makan..
banyak gila !
sampai bulat perut aku.. (=
dan apa lagi..
lepas jer aku kenyang gila dengan santapan menu-menu yang sedap gila tuh terus aku rebah kat atas katil bilik aku..
hahaha memang tak dapat nak dielakkan tabiat buruk aku nih..
suka sangat tidur lepas makan...
aku cuba nak elakkan tapi sumpah susah gila !
korang ada tips tak tak nak bagi ngantuk kalau lepas makan nih..
kalau ada tolong share kat aku ek..
aku nak cuba !

hee ok lah..
sampai sini je ar story aku..
malas nak bercerita panjang lagi..
nanti korang bosan pulak kan..

kbai !


Friday, September 30, 2011

:: pLiz jAnGaN bUaNg aKu..bOLeH ? ::

kenapa AKU ?
kenapa mesti AKU ?
jahat sangat ke AKU nih ?
memang AKU dilahirkan untuk korang pakai sekejab je ke?
atau pun semua nih dah memang ditakdirkan untuk AKU ?

AKU rela..
AKU sanggup..
kalau korang nak BENCI aku..
kalau korang nak MARAH aku..
kalau korang nka HINA aku..
kalau korang nak KUTUK aku..

TAPI..

boleh tak jangan nak PUTUSKAN tali persahabatan korang ?

memang bagi korang kawan berada di mana-mana..
senang nak cari kawan baru kalau kita sunyi..
senang nak cari kawan untuk kita nak bersuka ria..

TAPI..

pernah tak korang fikir time korang susah nanti..
kawan mana jer yang akan tolong kita time kita susah ?
kawan mana jer yang ada time kita perlukan bantuan ?
kawan mana jer yang wujud time kita perlukan untuk berkongsi masalah ?

ye aku tahu..

aku nih bukanlah kawan yang TERBAIK untuk korang..
aku nih bukanlah kawan yang suka tolong korang..
aku nih bukanlah kawan yang selalu dengar masalah korang..

tapi bagi aku..

KORANGLAH yang terbaik untuk aku..
KORANGLAH yang buat aku happy..
KORANGLAH yang buat aku hilang tension..
KORANG jugaklah yang suka tolong aku time aku susah..

TOLONGLAH..

jangan buang AKU jauh-jauh dalam kotak hati kawan korang..



" friendship is not how you forget, but how you forgive.
not how you listen, but how you understand.
not how you see, but how you feel.
not how you let go, but how you hold on ! "



salam.. 

Wednesday, August 31, 2011

..:: cEriTa bULaN sYAwAL ::..

..MERDEKA ! MERDEKA !


..aku mulakan entry kali ini dengan ucapan selamat hari kemerdekaan semua !
..aku bersyukur sangat-sangat kerana dilahirkan di negara yang aman ini..
..Alhamdulillah..
..semoga negara kita akan mengecapi keamanan dan kemakmuran sampai bila-bila !

..AMINNN...

baiklah..
sekarang nih baru nak cerita pasal raya pulak..
amacam raya korang tahun nih ?
mesti meriah dengan baju yang BLING-BLING kan..
mesti korang still lagi dapat DUIT RAYA berjuta-juta..
dapat makan lemang banyak-banyak sampai BULAT perut korang..
busy melayan sanak saudara yang jauh diperantauan..
sampaikan takde masa untuk menonton drama tangkap leleh pasal raya kat tv kan..

eeeee best gila raya korang !
aku sangat jeles !
sebab aku dapat menikmati kemeriahan syawal pada waktu pagi raya jer !
time tuh jer meriah sebab anak buah aku semua ada kat rumah..
sebok buat-buat bising kat rumah aku..
sebok nak bergambar..
sebok nak usha-usha aku..
semua tuh taktik nak duit raya ar tuh !
tapi aku takde bagi sesen pun kat anak buah aku tahun nih..
hahaha jahat tak aku..
sebab kat wallet aku ada sekeping duit merah jer..
itu pun duit bos aku bagi untuk duit raya..
hahaha sadis kan..

TAPI..
lepas dorang semua balik dari umah aku..
terus rumah aku sunyi sepi melainkan kedengaran bunyi suara drama kat tv jer !
dan aku pulak dengan perasaan gembira tak terkata ini hanya mampu beraya kat dalam bilik bersama-sama dengan bantal-bantal yang penuh dengan PETA-PETA santearo dunia itu jer..
hanya mampu untuk buat peta baru kat bantal aku tuh..
hanya mampu beraya di dalam mimpi..
hanya mampu berangan untuk beraya kat rumah orang..
sadis gila kan..
orang lain sebok pegi beraya tapi aku duduk rumah jer..
aku pulak yang terpaksa melayan tetamu yang datang ke rumah aku..
memang sadis !

apa ?
kenapa tak balik kampung ?
sebab biasanya keluarga aku balik kampung lambat sikit..
biasanya raya ke-4 or ke-5 baru sampai kat kampung belah mak aku tuh..
sebab bapak aku nih utamakan tetamu yang rata-ratanya saudara bapak aku untuk beraya kat rumah aku dulu..
biasalah bila dah jadi warga emas nih kan ramai tetamu yang nak ziarah..
time-time nih jugak baru nak nampak muka yang tak kenal datang kat rumah aku nih..
tapi aku nih tak salahkan pun dorang datang..
dah nama pun raya..
nak pergi beraya dengan member lak rata-ratanya mereka semua balik kampung..
so aku dengan perasaan tak terkata nih hanya mampu beraya dengan BANTAL-BANTAL jer !

sumpah bosan gila !
kerja aku cuma MAKAN TIDO MAKAN TIDO jer kalau takde tetamu..
nak tengok tv pun takde mood..
rasa macam bosan lak drama-drama kat tv nih..

arghhh..!
wahai kawan-kawan aku sekalian..
tolonglah text or calling-calling aku sekarang nih pastu ajak aku beraya..
pleaseeee !
aku dah bosan nih..
nak jugak makan kuih-kuih kat rumah orang lain..
huh..!

sekian saja entry raya kali nih..


selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam   ..
semoga raya tahun ini dipenuhi dengan 1001 keberkatan dan kenikmatan ..

(=



Sunday, August 7, 2011

..:: sEdiKiT iLmU rAmAdHaN ::..

Assalamualaikum semua !
macam mana korang tempuhi bulan RAMADHAN kali nih ?
banyak tak amal ibadah korang dah setelkan ?
banyak tak yang dah berubah kat diri korang ?
maksudnya dari segi SIFAT dan SIKAP korang..

TEPUK DADA TANYALAH IMAN !

ok..
entry kali nih aku cuma nak berkongsi keberkatan pada bulan yang sangat-sangat mulia nih..
benda nih memang sebelum nih aku tak tahu langsung..
tiba-tiba ianya terjadi kat diri aku..
hee al-maklumlah kan..
aku nih memang jahil pun sebelum nih..
aku tak tahulah yang korang sebelum nih dah tahu ke belum..

ceritanya bermula macam nih..
jam menunjukkan lagi sepuluh minit lagi nak berbuka..
almaklum ar aku nih kan..
perasaan nak tatap makanan tuh dah meronta-ronta..
lagi-lagi masa tuh dah penat bekerja seharian suntuk..
tibalah masa untuk aku layan karenah perut aku yang dah terbunyi-bunyi nih..

TIBA-TIBA !
bapak aku panggil semua keluarga aku untuk join aku tatap makanan juadah berbuka..
masa tuh aku tertanya-tanya..
KENAPA ?
nak kata nak masuk waktu buka time tuh takde la pulak..
ada lagi sepuluh minit..
setelah semua ahli keluarga aku dah duduk kat depan juadah berbuka..
tiba-tiba bapak aku angkat tangan untuk berdoa..


semua pun angkat tangan untuk berdoa..
ingat nak baca doa buka puasa..
tapi BUKAN ok !
bapak aku baca doa yang sangat panjang macam baca doa lepas sembahyang..

lepas habis baca doa tuh barulah aku tahu kenapa..
rupa-rupanya..
doa sebelum waktu buka nih adalah doa yang paling MUSTAJAB sekali !
oooooooo..
baru aku tahu..
sumpah memang sebelum nih aku tak tahu langsung bab nih..
ALHAMDULILAH..
aku dapat satu ilmu RAMADHAN yang sangat berharga ni..

so kalau kita nak meminta sesuatu dari ALLAH mintalah sebelum waktu berbuka ya !
mintalah semua amalan kita pada bulan RAMADHAN ini diterima oleh NYA..
minta diberkatilah segala rezeki kita sebelum nih..

tiba-tiba aku teringat sekeping doa yang pernah di ajar oleh seorang ustazah kat sekolah aku dulu tentang rezeki nih..
dia suruh pelajarnya solat sunat DHUHA pada waktu pagi..
dan minta berdoa pada sujud yang terakhir..
doanya berbunyi begini..

"YA ALLAH..
sekiranya rezeki aku berada di atas langit KAU turunkanlah..
sekiranya rezeki aku berada di bawah tanah KAU keluarkanlah..
sekiranya rezeki aku itu jauh daripada aku KAU perdekatkanlah..
sekiranya rezeki aku itu sukar untuk mendapakannya KAU permudahkanlah ia..
dan berkatilah segala rezeki yang KAU berikan kepada aku YA ALLAH.."

cantik kan doa ni...
SUBHANALLAH..
sesungguhnya ALLAH lah yang beri kita rezeki sebelum nih..
ucapkanlah ALHAMDULILAH sekiranya kita dapat rezeki walaupun sedikit..
dan yang paling penting rezeki itu mestilah diberkati oleh NYA..
teringat kata-kata sorang hamba ALLAH nih..
kalau rezeki kita tak diberkati oleh ALLAH..
duit setinggi gunung puncak everest pun belum tentu dapat menampung kehidupan seharian kita..
TAPI..
kalau rezeki kita diberkati oleh NYA..
duit yang sedikit itulah dapat menampung segala-galanya..

hee..
sekian saja tazkirah aku pada kali ini..
aku pun bukanlah insan yang sempurna sangat..
tapi aku cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH..
AMIN..

sebelum aku nak mengakhiri entry aku kali nih..
aku nak share satu cerita yang menarik pada hari ini..
aku rasa ramai yang dah tahu..
tapi aku saja nak share dengan korang jugak..
hee..
CERITA IMAM GHAZALI DAN MURIDNYA..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya, beliau bertanya :

Imam Ghazali =  Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali =  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali =  Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan ”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali =  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali =  Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali =  Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = ” Baja ”
Murid 2 = ” Besi ”
Murid 3 = ” Gajah ”
Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali =  Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab  ” Pedang ”
Imam Ghazali =  Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


sekian saja entry tazkirah RAMADHAN aku kali nih !
renung-renungkan dan selamat beramal !..
*yang baik datangnya dari ALLAH..
manakala yang jahat datangya dari kita sendiri..


Sunday, July 17, 2011

..:: pErEmPuAn oH pErEmpUaN ! ::..

apa yang korang terlintas bila aku sebut perkataan perempuan ?
mesti korang terfikir perkaataan..

CANTIK..

AYU..

LEMAH LEMBUT..

SOPAN SANTUN.. 

SEKSI..

MENAWAN..


itu semua mungkin persepsi bagi setiap lelaki bila terlintas pasal perempuan kan..
tapi aku tak tahulah apa yang terlintas bagi persepsi dipihak kaum wanita..
mungkin pandangan mereka berbeza..
tapi menurut kajian ada mengatakan pemikiran wanita dan lelaki memang berbeza !
ya aku sokong fakta tersebut..
aku rasa korang pun tahu jugak pasal fakta tersebut kan..
so tak payahlah aku nak explain satu persatu perbezaan itu kan..
dan aku rasa korang dah boleh conclude sendiri pasal pemikiran kaum mana yang lagi bijak..
kaum ADAM ke ?
atau kaum HAWA ?

ekceli aku bukanlah nak cerita panjang pasal fakta ini..
tapi aku nak bercerita pasal pengalaman selama aku bekerja bersama dengan PUAN manager..
atau lebih jelas lagi dengan perkataan..

ohh boss aku WANITA !

OMG !


serius aku cakap memang berbeza suasana pekerjaan bila bekerja dengan seorang wanita..
berbeza dari sudut managment..
dari sudut arahan..
dari sudut teguran..
dari sudut menyelesaikan masalah..
dan dari pelbagai banyak sudutlah senang cerita..

MEMANG BERBEZA !
 
bagi aku management kerja lelaki lagi BAGUS dari perempuan..
bukan aku nak bangga dengan kaum aku sendiri..
tapi dah memang terbukti dengan pelbagai fakta yang mengatakan lelaki lebih berfikiran BIJAK dalam melaksanakan pekerjaan..
sebab itu lelaki lebih layak dijadikan seorang pemimpin !

aku masih ingat lagi masa aku bekerja dengan bos lelaki..
boleh aku katakan management dia memang terbaik..
orang kata RILEKS and COOL jer dalam melaksanakan pekerjaan..
bila ada masalah takde lah terus melenting tak tentu pasal..
dapat jer setelkan masalah dengan baik..


tapi bila time perempuan pulak didatangkan dengan masalah..
ada jer yang dia nak salahkan orang lain..
lepas tuh pekara wajib yang dia akan lakukan adalah MELENTING tak tentu pasal..


benda kecik pon dijadikan point untuk marah..
semuanya tak kena..
tak pasal-pasal orang yang tak bersalah terpaksa dibabitkan sekali !
sedangkan punca sebenarnya adalah dari dia sendiri..

suka sangat bersikap lepas tangan..


tapi bila dah terbukti salah dia still nak cakap diri dia tuh betul..
tak nak mengaku salah dengan orang bawahan sendiri..
tolonglah..
orang bawahan pun boleh berfikir mana yang betul dan mana yang salah ar beb !
janganlah pandang hina sangat dengan orang bawahan tuh..
tahulah orang bawahan nih tak educated sangat..
tak belajar tinggi-tinggi macam awak !

kenapalah emosi seorang perempuan nih SUSAH nak dibendung dengan baik ??

 aku tak tahulah adakah semua perempuan macam itu ?
adakah hanya segelintir sahaja orang yang macam tuh ?
tapi kenapa selama aku bekerja dengan perempuan dapat benda-benda yang macam tuh ?

hmmm malaslah aku nak cerita pasal nih lagi..

aku harap sangat kepada semua manager yang ada kat dunia tolonglah hormat jugak dengan kerja-kerja orang bawahan nih..
janganlah bangga sangat dengan JAWATAN yang ada sekarang nih..
hidup ini umpama roda..
kejab kita kat atas mungkin lama kita kat bawah..

ingatlah..
selagi kita ADA rasa hormat kat orang lain..
selagi itulah orang akan SENTIASA  hormat kat kita..

sekian saja entry aku kali nih..

*harap-harap bos aku tak baca blog aku nih !
hehe peace no war.. (:

Saturday, June 25, 2011

..:: mEniMbA pEnGaLamAn bArU ! ::..

..akhirnya berjaya jugak aku bertahan sampai sekarang !
..mesti korang dah tahu pasal apa kan..
..tentulah pasal kerja aku tuh..
..akhirnya dapat jugak aku handle segala masalah yang ada..

apa cerita dengan orang belagak tuh ?
korang dah boleh abaikan pasal dia..
dah cara dia macam tuh..
nak buat macam mana..
lagipun sekarang nih aku dah mula nampak yang dia tuh dah mula pandai respect aku as a rakan sekerja...
cukup bagi aku !

ok sekarang nih aku bukan nak cerita pasal beliau..
aku nak cerita pasal..
LESEN !
bukan lesen yang ada cap B2 & D itu ya !
ini berkaitan dengan lesen untuk memandu FORKLIFT !
korang tahu tak menatang apa FORKLIFT tuh ?

*tolong tanya pakcik GOOGLE sekarang kalau anda masih pending !



next week aku akan dihadapkan dengan ujian untuk meng HANDLE menatang tuh..
susah beb !
sumpah aku terkial-kial nak handle menatang tuh..
aku tengok mamat-mamat bangla bawak menatang tuh senang jer..
tapi bila time aku bawak pulak..
perghh..!
sejam pon still tak setel-setel lagi kerja aku tuh..
tension siot..
rasa tercabar gila dengan kemampuan bangla nih..
takpe-takpe..
tunggulah bila aku dah expert nanti..
siap korang..
aku tunjuk akan keRIAK kan aku itu !
HAHA !

ok lah..
malas nak bercerita panjang..
aku cuma nak share dengan korang jer pengalaman kerja aku nih...
doa-doakalah aku dapat lesen itu ya !

Sunday, June 12, 2011

..:: nAk LePaSkAn tEnSiOn bLeH ? ::..

kali nih aku nak buat entry emo pulak..
ekceli aku malas nak share dengan korang..
cuma aku rasa macam tertekan pulak bila pendam lama-lama nih..
semuanya gara-gara orang yang mempunyai sifat..

BELAGAK !
HIPOKRIT !
GILA KUASA !
PANDANG RENDAH KEBOLEHAN ORANG LAIN !
TAK BOLEH TERIMA KESILAPAN SIKIT !

hellooo !
macam lah kau dulu tuh perfect sangat !
tak payah lah nak bangga sangat dengan kerjaya dan position kau sekarang !
macam lah aku terhegeh-hegeh dengan kerjaya kau sekarang !
mentang-mentang aku menipu dengan background sebagai budak bodoh..
senang-senang kau nak pijak aku macam kau pijak mamat bangla  !
patutlah mamat bangla department aku semua berhenti..
semua pasal perangai kau yang suka TENGKING dan suka MENGARAH rupanya..
aku yang baru kerja kejab dengan kau nih pon dah tertekan dengan perangai kau..
apatah lagi mamat bangla yang dah lama kerja dengan kau..
hellooo kawan..
kita nih duduk satu position yang sama ok !
takde beza antara kau dengan aku !
aku tahulah kau tuh senior dan umur lagi TUA dari aku..
tapi kalau kau tak pernah nak respect orang lain so jangan haraplah orang lain nak respect kat kau..
 
APA YANG DIA DAH BUAT ??
korang nak tahu ?
ok aku cerita satu persatu perangai dia..
FIRST..
dia suka mengarah dengan nada yang tinggi..
ibarat dia tuh BOS..
sedangkan pangkat sama dengan aku..
bila stok barang masuk dengan banyak jer dia akan suruh orang lain untuk bawak masuk dalam..
kalau kat dalam tuh ada tempat nak letak takpe jugak..
nih sampaikan storage pon dah sampai tak boleh nak lalu..
tetap suruh jugak letak kat mana-mana..
yang penting dia nak kawasan terima barang tuh clear daripada sebarang  benda..
aku rasa time tuh nak jer bagi hand-jack kat dia pastu suruh dia bawak sendiri..
mentang-mentang kau tuh perempuan..
so ko ingat kau tak perlu buat lah !
macamlah lelaki nih tenaga dia macam mesin..
takde istilah perkataan PENAT !
helloo ! kitorang pon manusia jugak ok !
bodoh !
yang penting kau nak kerja yang senang-senang jer kan..

KEDUA..
bila aku salah kira kuantiti time scan barang tuh..
teros dia buat muka ketat dia pastu nak marah...
standard ar tuh..
budak baru pegang mesin scan..
aku nih dah ar memang lambat  pickup benda baru skit..
time tuh jugak dia nak aku suruh kira balik..
kalau barang dan kuantiti tuh sikit tak ape..
ini dah lah BANYAK..
korang bayangkan barang-barang kat pasaraya tuh banyak mana kan..
kuantiti macam tuh lah aku kena kira kalau stok dia sampai !
 dah lah bercampur dengan barang-barang lain..
 
lagi satu dia tuh memang tak pernah langsung nak ajar benda baru..
contohnya aku tak tahu macam mana procedure nak return barang..
aku pun tanyalah dia macam mana nak buat..
tapi dia dengan belagaknya nak jugak buat sorang-sorang..
takdenya nak panggil aku tunjuk step2 yang aku kena buat..
FCUK betol !
kedekut ilmu..
nasib ada orang lain yang sudi nak ajar aku..
 
KETIGA..
aku boleh cakap yang dia nih talam dua muka..

aku tengok bila ada orang atasan datang tempat aku terus dia berubah jadi macam budak baik..
tiba-tiba pandai pulak cakap slow-slow bila nak suruh aku buat kerja..
senang cite cakap dengan penuh berhemah lah..
sebelum nih reti nak tengking-tengking jer!
POYO GILA !
nasib aku bukan jenis kaki ngadu..
tapi kalau dah over gila nanti silap lah aku nak senyap jer..
tunggu jer lah masa kau nanti..
 senang citer dia nak buat muka ketat dia jer ar !
dah lah malas aku nak bercerita panjang pasal dia..
bila aku ingat balik apa yang dia dah buat kat aku tiba-tiba aku rasa nak EMO jer !

nanti-nanti lah aku share dengan korang kalau ada masa lagi..
sekarang nih aku dah ngntuk..
nak tidor !
 
DONE !
p/s : sori entry kali nih tak ade sebarang gambar dan kaler-kaler yang menawan sebab tak ade selera nak letak bila terbayangkan muka dia ! hilang segala mood yang ada..

Wednesday, June 1, 2011

..:: aKhiRnYEr dApAt jUgAk ! ::..

YAHOOO !
indahnya lah dunia yang fana ini dengan tiba-tiba..
KENAPA ?
sebab aku dah dapat kerja !
err tapi kerja biasa-biasa jer lah..
bukan kerja kat company besar pun..
kerja aku nanti scan barang yang datang lepas tuh hantar barang kat dalam dengan menggunakan FORKLIFT !


tinggi kan pangkat kerja aku tuh..
dan aku paling BANGGA sekali bila rakan-rakan setugas aku nanti adalah orang luar negara..
iaitu..
mamat BANGLA !
*mata ke atas tangan di dada!

perghh memang bangga gila ok..
dengan adanya segulung DIPLOMA akhirnya aku dapat pegang jawatan setanding dengan mamat bangla !
bukan kerja jer yang setanding..
gaji aku nanti pon sama dengan mamat bangla yang kerja kat situ..
penat jer belajar tinggi-tinggi tapi setanding dengan mamat bangla jer ! 
HAHAHA padan muka aku..

TAPI..
aku bersyukur..
rezeki selalunya datang berganda bila kita ada usaha kan..
aku takdelah nak pandang rendah kat kerja-kerja camni..
aku terima kerja nih pon sebab aku nak cari pengalaman..
nak belajar erti kesusahan bila kerja kat level bawah..
kita nih pun bukan selalu kat atas kan..
nanti kalau kita dah kat bawah sekurang-kurangnya kita dah dapat handle dengan mudah..
HAHAHA pandai tak aku berhujah-hujah..
haishh malu pulak tiba-tiba !

tapi sekurang-kurangnya aku dapat jugak nak mencari duit untuk beli BENDA itu !
eee tak sabar gila nak tunggu 3 bulan..
dah lama aku idamkan BENDA itu menjadi milik aku..
semoga duit gaji aku nanti takde lah digunakan untuk benda lain..
aku harap sangat untuk dapatkan BENDA itu..



DONE !

Thursday, May 26, 2011

..:: aMaLkAn HiDup SiHaT ! ::..

PENAT penat PENAT !
urghhh penat gila ok..
aku baru jer lepas main FUTSAL..

penat tuh memang susah lah nak cakap..
sebab kena main straight coz player cukup-cukup..

tapi sempat lagi aku nak update blog aku yang agak TAK meletop nih..
ye aku mengaku..
HAHA !
nak jugak buat ayat-ayat..
'mata pandang atas tangan letak di dada'


perlukah ??!

tapi ok jugak lah kan bersukan nih..
at least takde lah aku nak menatap laptop dan saksikan drama KOREA jer memanjang..
dapat jugak aku keluarkan air peluh selain air mata yang dah dihabiskan untuk tengok citer KOREA tuh !
HAHA !

boleh jugak lah dikatakan dalam seminggu tuh aku bersukan 3-4 kali..
tapi takde lah futsal je memanjang..
ada jugak aku buang masa dengan main badminton..
dah boleh dikatakan LIFE aku kat kampung nih sama dengan life aku kat KELANTAN tuh..
cuma bezanya aku dapat makan FREE je sekarang nih..
kalau kat kelantan tuh terpaksa beli makanan sendiri..
dah lah harga makanan sekarang nih tak nak kalah MAHAL dia !
suka sangat TEKAN harga mahal bila nampak muka aku yang ala-ala persis TOM CRUISE nih !
ingat muka aku nih muka TOKAN duit bank NEGARA ke ??

tapi takpe..
dah nama pun hidup merantau..
kenalah pandai-pandai buat muka SEPOSEN kalau tak nak kena  TEKAN harga mahal..

cukuplah aku nak share dengan korang pasal life aku kali nih..
malas nak cerita panjang-panjang..
lagi pun aku nak pergi mandi nih..
peluh pun dah kering..
jomlah JOIN siapa yang nak mandi jugak tuh !
HAHA !

p/s : bilalah aku nak di CONFIRM kan untuk bekerja nih..dah lama aku tunggu ! aishh..~


DONE !

Tuesday, May 17, 2011

..:: biLa kErJa mAsiH tAk dApAt ! ::..

pakcik manager..
tolonglah terima saya bekerja kat tempat pakcik manager..
saya harap sangat nak kerja kat tempat pakcik manager..
saya janji saya akan bekerja dengan bersungguh bila saya bekerja dengan pakcik manager nanti..
kasihanilah saya nih pakcik manager..
saya harapkan duit dari company pakcik manager sahaja untuk saya..
beli..
beli..
beli..
beli..

LAPTOP !

hahahahaha !

tak habis-habis dengan laptop !
poyo gila ayat itu..

haishhh..
bilalah aku nak pergi cari kerja nih..
dah seminggu aku bulatkan perut aku nih..
asyik kunyah + makan + gigit makanan jer memanjang !
lepas tuh tidor dan tidor !

tapi kan..
bagus jugak kalau aku takde kerja lagi sekarang nih..
boleh aku habiskan movie-movie yang tertunggak nak tengok sebelum nih..
especially cerita KOREA !
perghh..
memang dah lama aku tak layan cerita korea nih..
lagi-lagi layan kat bilik lepas tuh duduk seorang diri..
berbekalkan makanan dan bantal untuk dipeluk..
layan dengan penuh perasaan..
perghh !
memang seronok gila bila feel tuh datang..
lagi-lagi bila bab ROMANTIK !
best gila layan !
haha !

korang dah tengok cerita PERSONAL TASTE ?


aku tak sure lah cerita tuh keluar bila..
tapi aku baru layan cerita tuh..
apa yang aku nak ungkapkan pasal cerita tuh adalah..

BEST + kelakar + ROMANTIK + sedih + GERAM !

tapi aku rasa semua cerita korea macam tuh..
jalan cerita dia lebih kurang sama..

mula-mula BENCI..
lepas tuh SELALU GADUH..
dari situ SETAT JATUH CINTA..
lepas tuh BERCINTA..
TAPI mesti ada HALANGAN..
lepas tuh cara mereka tempuh HALANGAN tersebut..
akhir sekali ending dia mereka BERSAMA !

kan kan ??

tapi ada aku kesah jalan cerita dia sama ke tak..
janji aku dapat hilangkan bosan aku sebelum aku ada kerja nih..

DONE !

Saturday, May 7, 2011

..:: bYe KeLaNtAn fOr 4 mOnTh ! ::..

kejab jer kan dah habis sem...
tup tup tup..
eh esok dah balik kampung !
untuk menjalani cuti semester yang amat panjang kali ini..
kat kepala otak nih asyik pikir nak kerja jer..
nak kumpul duit banyak-banyak lepas tuh nak beli....
LAPTOP !


ye aku nak beli laptop..
rasa macam tak seronok pulak bila pinjam-pinjam laptop orang lain kalau nak online..

takde PRIVACY langsung..

TAPI..
ada ker kerja yang nak ambik aku sebagai pekerja ?

TETTT !

aku harap sangat ada peluang pekerjaan nanti..
aku nak KERJA jugak !
tapi kalau kerja yang cikai-cikai tuh tak nak ar beb..
hehehe..

tak salah kan kalau kita nak memilih untuk kesenangan kita nanti..
untuk kebahgiaan kita jugak !
hee..~

malas nak cakap banyak-banyak..
balik kampung nanti baru nak pikir pasal nak kerja kat mana..
kampungku !
tunggu lah kepulangan anak buah mu ini ya !

DONE !

Thursday, May 5, 2011

..:: sAtU aZaB LaGi ! ::..

urghh !
sukar dan susah untuk azab kali nih..
azab kali nih memang betul-betul menguji kesabaran aku..
memang sebelum nih ada jugak azab..
tapi takde lah aku sampai nak give up macam azab kali nih !

azab apa ?
macam biasalah azab sebagai ENCIK STUDENT nih..


azab menjawab final exam..
paper last sekali nih memang killer paper lah senang cerita..
paper forecasting..
sumpah aku tak paham apa yang aku belajar selama nih..

haaa?
 salah siapa ?
yer aku mengaku SALAH aku..
salah aku TAK pergi kelas dia banyak kali..
salah aku TAK bayar perhatian pay attention kat kelas dia..
salah aku TAKDE semangat ingin tahu ketika subject tuh sedang dibicarakan kat depan..
salah aku TAK pernah buat assignment subject tuh..
salah aku ASYIK tidor + main tanpa menghiraukan subject itu..
semuanya SALAH aku..

PADAN MUKA KAU FAREEZ !



TAK PAYAHLAH kau nak menyesal sekarang..
TAK PAYAHLAH lah nak buat muka KETAT bila result kau jatuh sem nih !
semuanya SILAP kau..


done !

Thursday, April 28, 2011

..:: jOm rEmOvE sTrEsS ! ::..


Kali ni aku nak buat entry untuk tatapan aku sendiri yang tak mampu nak control emosi ketika berada di dalam keadaan STRESS ! Kepada sesiapa yang merasa diri mereka seperti diriku ini yang selalu buat muka ketat dan bibir muncung ke depan apabila tak dapat jawab exam tuh..jomlah join aku untuk lakukan aktiviti ini ! semoga stress kita dapat di atasi serta-merta !

Tips untuk REMOVE STRESS nih aku dapat dari satu sumber bernama..
Cara untuk atasinya adalah..

  • Wangi-wangian. - Dikatakan bahawa wangi-wangian seperti kentut yang biasa kita kenali sebagai wangian aroma terapi contohnya wangian lavender atau seumpamanya mampu menghilangkan stress. Tak percaya cuba try tengok…Kamu semua mesti suka akan wangi-wangian kan? Apa perasaan kamu bila terhidu sesuatu yang wangi?



Kata aku : Hmm aku suka bau wangi ! nih yang nak cuba nih..nih yang aku nak sedut kuat-kuat bau wangi nanti bila stress aku datang ! korang jangan pelik pulak nanti bila korang ada bau wangian yang melampau bila berada bersebelahan dengan aku..itu tandanya aku tengah stress !

  • Menangis. Aktiviti ini sering dilakukan biasanya kaum hawa lah…Kenapa yek? Dalam kajian, dikatakan bahawa 85% stress akan hilang bersama-sama tangisan kerana sewaktu kita dalam keadaan stress, ada chemical yang terhasil daripada nya…So, bila menangis, chemical tadi akan ikut air mata tadi kuar bersama-sama. Hahaha…percaya atau tidak, tanya kaum hawa yang biasa wat keje nih.




Kata aku : Aku percaya ! sebab aku dah pernah buat..heee...tapi memang hilanglah bila kita nangis..rasa puas gila ! tambah pulak dengan jeritan yang agak keterlaluan apabila dilafazkan ! perghh kompem hilang semua stress ! oleh yang demikian marilah kita nangis bersama-sama ya apabila stress..wee...~

  • Dengar muzik.  Ada juga antara kita yang suka dengar muzik apabila stress. Tapi muzik tesebut adalah mengikut selera seseorang. Tak mungkin akan hilang stress bagi peminat R&B tetapi mendengar lagu Rap Cina. Haha.



Kata aku : Betul tuh ! Aku sebagai pendengar lagu modern contemporary akan merasa bertambah stress bila dengar lagu dangdut  ! Urghh !

  • Berbual atau berkongsi dengan sahabat rapat. - Biasanya nih yang last kita semua buat, kan! Bila stress datang jer cubalah carik sahabat yang betul2 rapat dengan kamu untuk kongsi masalah. Percaya atau tidak terpulanglah. Bila dah cerita, mulalah kawan2 akan ajak gi shopping atau makan banyak2…hehe. Release, kan? Sebenarnya bukan idea yang kita perlu mintak, cukuplah sekadar teman mendengar. Sekurang kurangnya terubat jugak hati kita.
Kata aku : tips yang nih lah yang paling susah aku nak buat..sebab aku akan cari bantal dulu apabila aku stess ! hee..~ cuma bila dah tak tahan sangat baru aku akan cerita bersama orang terdekat...



  • Last but not least, DOA. - Tu yang yang paling penting tuh…sebab apa-apa yang kita buat mesti selalu ingat pada NYA kerana ia adalah ujian. Mudah-mudahan kita dilapangkan dada dan minda supaya dapat berfikiran waras walaupun stress.







Kata aku : Ya betul tuh ! aku sokong ! Sesungguhnya DIA lah yang tahu segala-galanya !

Okey ! Semoga berjaya Encik Mohd Fareez ! Semoga anda dapat kawal stress anda ! 

DONE !
Related Posts with Thumbnails