---> TeNTaNG beLiAu!! <---

My photo
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
I'm NOT a PERFECT person.. ..bit SENSITIVE but NOT too MUCH.. gud LOOKING but NOT handsome ENOUGH..

Sunday, August 7, 2011

..:: sEdiKiT iLmU rAmAdHaN ::..

Assalamualaikum semua !
macam mana korang tempuhi bulan RAMADHAN kali nih ?
banyak tak amal ibadah korang dah setelkan ?
banyak tak yang dah berubah kat diri korang ?
maksudnya dari segi SIFAT dan SIKAP korang..

TEPUK DADA TANYALAH IMAN !

ok..
entry kali nih aku cuma nak berkongsi keberkatan pada bulan yang sangat-sangat mulia nih..
benda nih memang sebelum nih aku tak tahu langsung..
tiba-tiba ianya terjadi kat diri aku..
hee al-maklumlah kan..
aku nih memang jahil pun sebelum nih..
aku tak tahulah yang korang sebelum nih dah tahu ke belum..

ceritanya bermula macam nih..
jam menunjukkan lagi sepuluh minit lagi nak berbuka..
almaklum ar aku nih kan..
perasaan nak tatap makanan tuh dah meronta-ronta..
lagi-lagi masa tuh dah penat bekerja seharian suntuk..
tibalah masa untuk aku layan karenah perut aku yang dah terbunyi-bunyi nih..

TIBA-TIBA !
bapak aku panggil semua keluarga aku untuk join aku tatap makanan juadah berbuka..
masa tuh aku tertanya-tanya..
KENAPA ?
nak kata nak masuk waktu buka time tuh takde la pulak..
ada lagi sepuluh minit..
setelah semua ahli keluarga aku dah duduk kat depan juadah berbuka..
tiba-tiba bapak aku angkat tangan untuk berdoa..


semua pun angkat tangan untuk berdoa..
ingat nak baca doa buka puasa..
tapi BUKAN ok !
bapak aku baca doa yang sangat panjang macam baca doa lepas sembahyang..

lepas habis baca doa tuh barulah aku tahu kenapa..
rupa-rupanya..
doa sebelum waktu buka nih adalah doa yang paling MUSTAJAB sekali !
oooooooo..
baru aku tahu..
sumpah memang sebelum nih aku tak tahu langsung bab nih..
ALHAMDULILAH..
aku dapat satu ilmu RAMADHAN yang sangat berharga ni..

so kalau kita nak meminta sesuatu dari ALLAH mintalah sebelum waktu berbuka ya !
mintalah semua amalan kita pada bulan RAMADHAN ini diterima oleh NYA..
minta diberkatilah segala rezeki kita sebelum nih..

tiba-tiba aku teringat sekeping doa yang pernah di ajar oleh seorang ustazah kat sekolah aku dulu tentang rezeki nih..
dia suruh pelajarnya solat sunat DHUHA pada waktu pagi..
dan minta berdoa pada sujud yang terakhir..
doanya berbunyi begini..

"YA ALLAH..
sekiranya rezeki aku berada di atas langit KAU turunkanlah..
sekiranya rezeki aku berada di bawah tanah KAU keluarkanlah..
sekiranya rezeki aku itu jauh daripada aku KAU perdekatkanlah..
sekiranya rezeki aku itu sukar untuk mendapakannya KAU permudahkanlah ia..
dan berkatilah segala rezeki yang KAU berikan kepada aku YA ALLAH.."

cantik kan doa ni...
SUBHANALLAH..
sesungguhnya ALLAH lah yang beri kita rezeki sebelum nih..
ucapkanlah ALHAMDULILAH sekiranya kita dapat rezeki walaupun sedikit..
dan yang paling penting rezeki itu mestilah diberkati oleh NYA..
teringat kata-kata sorang hamba ALLAH nih..
kalau rezeki kita tak diberkati oleh ALLAH..
duit setinggi gunung puncak everest pun belum tentu dapat menampung kehidupan seharian kita..
TAPI..
kalau rezeki kita diberkati oleh NYA..
duit yang sedikit itulah dapat menampung segala-galanya..

hee..
sekian saja tazkirah aku pada kali ini..
aku pun bukanlah insan yang sempurna sangat..
tapi aku cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH..
AMIN..

sebelum aku nak mengakhiri entry aku kali nih..
aku nak share satu cerita yang menarik pada hari ini..
aku rasa ramai yang dah tahu..
tapi aku saja nak share dengan korang jugak..
hee..
CERITA IMAM GHAZALI DAN MURIDNYA..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya, beliau bertanya :

Imam Ghazali =  Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali =  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali =  Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan ”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali =  Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali =  Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali =  Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI = Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1 = ” Baja ”
Murid 2 = ” Besi ”
Murid 3 = ” Gajah ”
Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali =  Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab  ” Pedang ”
Imam Ghazali =  Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


sekian saja entry tazkirah RAMADHAN aku kali nih !
renung-renungkan dan selamat beramal !..
*yang baik datangnya dari ALLAH..
manakala yang jahat datangya dari kita sendiri..


0 cOmM3nT!!:

Related Posts with Thumbnails