---> TeNTaNG beLiAu!! <---

My photo
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
I'm NOT a PERFECT person.. ..bit SENSITIVE but NOT too MUCH.. gud LOOKING but NOT handsome ENOUGH..

Thursday, February 2, 2012

..:: bila BOSAN menjelang ::..

Salam korang semua..

Apabila setiap detik yang datang dan berlalu sebegitu sahaja..hati ini terasa kesunyian..tatkala otak ini selalu tertanya-tanya..apakah yang aku sedang lakukan?

AKU SEDANG TENGOK CERITA DRAMA KOREA !




hahaha..sungguh puitis bahasa saya bukan..saya ingin cuba untuk mengingatkan kembali nostalgia-nostalgia bahasa baku yang sering digunakan ketika belajar Bahasa Melayu pada dahulu kala..saya rasa sungguh berbangga apabila dapat menggunakan bahasa ibunda saya ini dengan jayanya..tahniah diucapkan ! (:

hahaha..malas ah nak cerita pasal bahasa baku..kat sini aku juz nak descibe cerita korea yang aku tengok sekarang nih iaitu 49 Days adalah moderate..tak terlalu best  dan tak terlalu bosan ! tapi sepanjang aku tengok cerita nih (baru episod 15 dr 20 episod) secara kasarnya aku dapat describe yang cerita nih sesuai untuk orang yang suka tangkap feeling jer.. scene yang kelakar tuh boleh cakap ada sikit jer..sikit gile ok ! sape-sape yang ingin turunkan airmata korang tuh dengan cepat silalah tengok cerita ini ya ! pastu jalan ceritanya boleh kata semua cerita korea lebih kurang sama iaitu :

1) mula-mula benci antara satu sama lain..
2) lepas tuh selalu berjumpa dan gaduh..ada jer benda yang tak kena..
3) mesti ada satu insiden yang buatkan mereka lahir bibit-bibit cinta..
4) lepas tuh jatuh cinta..
5) bila dah jatuh cinta tuh ada pulak ego menguasai diri..tak nak mengaku tapi caring gile !
6) lepas tuh perkara wajib yang perlu ada adalah pesaing ! mesti ada pesaing untuk dapatkan cinta tuh..
7) lepas tuh konflik antara pesaing tersebut..
8) lepas tuh mesti ada adengan COMOLOT kalau orang tuh dah berjaya dapatkan cinta tersebut..
9) lepas tuh mereka bahagia bersama..(:

kan kan kan ? hahaha ini adalah ulasan aku selama tengok cerita cinta korea..ceritanya lebih kurang sama cuma watak dia lari sikit jer..tapi bagi korang yang nak hilangkan bosan macam aku nih bolehlah tonton cerita korea ! sebab bila kita tengok cerita korea nih dapat cetuskan idea-idea romantik untuk pasangan korang ! err tapi aku takde pun romantik bila tengok cerita korea nih..aishh kenapalah susah sangat nak romantik dengan pasangan sendiri nih..kesian sapa yang dapat aku..mesti hidop dia bosan gila ! hahaha..

dah ah malas nak cerita panjang pasal cerita korea nih..aku nak sambung tengok cerita tuh..nak tau jugak ending dia macam mana..adakah perempuan tuh dapat tahu sape cinta dia yang sebenar? adakah dia selamat daripada koma dan hidup dengan laki tersebut? macam mana pula nasib lelaki dan kawan baik dia yang khianat dengan dia tuh? macam mana pulak nasib lelaki yang diibarat macam malaikat tuh? haaa sama-sama kita nantikan..err ekceli cerita nih dah pernah keluar kat TV..so mesti korang lagi tahu daripada aku kan kan..

kbai !

3 cOmM3nT!!:

Yatie Bebear said...

endingnye lain eh.beza... !!
ko xkn sangke endingnye mcm tu. hahahahaha...

kesian sape yg dpt kau <--- sokong 300%

Tgk cite ni jgn hadap sgt. laju2kan jek. tgk part yg best jek. bru xbsn n xrase cite ni slow. hakhakhak.

NURUL NADIAH MAMAT said...

akhirnya fareez update blog...ahaha......

p/s: mat korea gak ko nie kan?haha..

mohd.fareez.-a.k.a-.faryz.xson said...

yati : oo lain ek ending dia..ok aku akan saksikan hari nih... (:
tu ar kan..kesian gle sape yg dapat aku kan..mesti hidup dia bosan+merana..hahaha..(:

nadia : hahaha..disebabkan aku xde keje kan..sebab tuh tetibe rajin nak update blog oren aku nih.. (:

Related Posts with Thumbnails