---> TeNTaNG beLiAu!! <---

My photo
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
I'm NOT a PERFECT person.. ..bit SENSITIVE but NOT too MUCH.. gud LOOKING but NOT handsome ENOUGH..

Thursday, April 28, 2011

..:: jOm rEmOvE sTrEsS ! ::..


Kali ni aku nak buat entry untuk tatapan aku sendiri yang tak mampu nak control emosi ketika berada di dalam keadaan STRESS ! Kepada sesiapa yang merasa diri mereka seperti diriku ini yang selalu buat muka ketat dan bibir muncung ke depan apabila tak dapat jawab exam tuh..jomlah join aku untuk lakukan aktiviti ini ! semoga stress kita dapat di atasi serta-merta !

Tips untuk REMOVE STRESS nih aku dapat dari satu sumber bernama..
Cara untuk atasinya adalah..

  • Wangi-wangian. - Dikatakan bahawa wangi-wangian seperti kentut yang biasa kita kenali sebagai wangian aroma terapi contohnya wangian lavender atau seumpamanya mampu menghilangkan stress. Tak percaya cuba try tengok…Kamu semua mesti suka akan wangi-wangian kan? Apa perasaan kamu bila terhidu sesuatu yang wangi?



Kata aku : Hmm aku suka bau wangi ! nih yang nak cuba nih..nih yang aku nak sedut kuat-kuat bau wangi nanti bila stress aku datang ! korang jangan pelik pulak nanti bila korang ada bau wangian yang melampau bila berada bersebelahan dengan aku..itu tandanya aku tengah stress !

  • Menangis. Aktiviti ini sering dilakukan biasanya kaum hawa lah…Kenapa yek? Dalam kajian, dikatakan bahawa 85% stress akan hilang bersama-sama tangisan kerana sewaktu kita dalam keadaan stress, ada chemical yang terhasil daripada nya…So, bila menangis, chemical tadi akan ikut air mata tadi kuar bersama-sama. Hahaha…percaya atau tidak, tanya kaum hawa yang biasa wat keje nih.




Kata aku : Aku percaya ! sebab aku dah pernah buat..heee...tapi memang hilanglah bila kita nangis..rasa puas gila ! tambah pulak dengan jeritan yang agak keterlaluan apabila dilafazkan ! perghh kompem hilang semua stress ! oleh yang demikian marilah kita nangis bersama-sama ya apabila stress..wee...~

  • Dengar muzik.  Ada juga antara kita yang suka dengar muzik apabila stress. Tapi muzik tesebut adalah mengikut selera seseorang. Tak mungkin akan hilang stress bagi peminat R&B tetapi mendengar lagu Rap Cina. Haha.



Kata aku : Betul tuh ! Aku sebagai pendengar lagu modern contemporary akan merasa bertambah stress bila dengar lagu dangdut  ! Urghh !

  • Berbual atau berkongsi dengan sahabat rapat. - Biasanya nih yang last kita semua buat, kan! Bila stress datang jer cubalah carik sahabat yang betul2 rapat dengan kamu untuk kongsi masalah. Percaya atau tidak terpulanglah. Bila dah cerita, mulalah kawan2 akan ajak gi shopping atau makan banyak2…hehe. Release, kan? Sebenarnya bukan idea yang kita perlu mintak, cukuplah sekadar teman mendengar. Sekurang kurangnya terubat jugak hati kita.
Kata aku : tips yang nih lah yang paling susah aku nak buat..sebab aku akan cari bantal dulu apabila aku stess ! hee..~ cuma bila dah tak tahan sangat baru aku akan cerita bersama orang terdekat...



  • Last but not least, DOA. - Tu yang yang paling penting tuh…sebab apa-apa yang kita buat mesti selalu ingat pada NYA kerana ia adalah ujian. Mudah-mudahan kita dilapangkan dada dan minda supaya dapat berfikiran waras walaupun stress.







Kata aku : Ya betul tuh ! aku sokong ! Sesungguhnya DIA lah yang tahu segala-galanya !

Okey ! Semoga berjaya Encik Mohd Fareez ! Semoga anda dapat kawal stress anda ! 

DONE !

2 cOmM3nT!!:

Anonymous said...

satu lg tips dari aku....
makan lah bila anda stress...macam aku....heee.....

mohd.fareez.-a.k.a-.faryz.xson said...

aishh..
aku memang suka makan2 nih..
tp bila stress aku dtg xtau nape selera aku automatically hilang !
xtau nape weh..
hee..~

Related Posts with Thumbnails