---> TeNTaNG beLiAu!! <---

My photo
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
I'm NOT a PERFECT person.. ..bit SENSITIVE but NOT too MUCH.. gud LOOKING but NOT handsome ENOUGH..

Sunday, January 2, 2011

..::bEriTa uTaMa ::..

SHAH ALAM - Seorang pelajar kerajaan bergelar Datuk F terkejut apabila mendapati komputer riba miliknya telah diisytiharkan sudah tamat tempoh untuk digunakan. Saspek yang tidak mahu dikenali itu amat kecewa sehinggakan beliau melompat-lompat kesepian di tepi gantang lalu cuba menghiburkan hati kucing beliau tetapi gagal. Menurut hujah pihak pendakwa raya, Datuk Fareez juga amat simpati terhadap masalah yang dihadapi oleh saspek tersebut. Jelas pendakwa raya lagi, saspek adalah seorang yang amat gemar menghabiskan masa bersama-sama komputer riba miliknya walau dimana beliau berada.
Kumpulan saintis dari Institut Teknologi California yang diketuai Dr. Fareez menyatakan, komputer riba tersebut memang sudah tidak mampu lagi untuk dibetulkan kerana kemungkinan mempunyai jangkitan simptom-simptom negatif yang tidak dapat hendak dielakkan. Dalam kajian mereka yang melibatkan 90 0rang, mendapati masalah utamanya adalah berpunca daripada seketul processor yang dikenali sebagai AMD.
Ketua Jabatan Forensik, Tan Sri Fareez menyifatkan bahawa ini semua adalah satu kes penganiyaan besar yang sering dilaporkan kepada pihak beliau. Menurut beliau lagi, ramai mangsa-mangsa yang cuba membunuh diri akibat terkena kes seumpama ini.
Tan Sri Fareez memberitahu, sehingga petang semalam pihak dia belum lagi membuat sebarang tangkapan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Ambulans Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan. - Bernama

4 cOmM3nT!!:

Anonymous said...

kau pakai lappy aper farez? dulu aku pakai acer amd jugak... tapi baru 1 sem pkai da rosak.. pastu, naik tahun 3 aku beli laptop baru.

Anonymous said...

ehem2
pt kan baru dpt
=p
-ipa

mohd.fareez.-a.k.a-.faryz.xson said...

nana : aku pakai compaq...igt compaq nih ok tp same je ngn laptop lain..huh..~

ipa : mmg ar pt ade tp dpt bape je kot..xde ar sebanyak jpa..huhuhu..~

Anonymous said...

lor
kata ko keje maaa
xde maknanya
setakt beza bape je oii
huhuhu

Related Posts with Thumbnails